Khamis, 26 Februari 2009

النحووالصرف

( Ilmu Nahu Dan sorof )


النحو قواعد يعرف بها صيغ الكلمات العربية وأحوالها حين افردها و حين تركيبها, والكلمات هي اللفظ المفرالدال على

معنى والمركب المفيد فائدة يحسن السكوت عليها يسمى كلاما وجملة

Ilmu Nahu adalah kaedah2 untuk mengenal bentuk kata-kata dalam bahasa Arab serta kaedah2nya semasa dalam bentuk mufrad ( tunggal) dan dalam keadaan tersusun, kalimat pula adalah kata-kata mufrad yang mempunyai maksud tertentu. Sususan kata-kata (kalimat) yang telah mempunyai penegrtian yang sempurna, yang didiamkan oleh sesiapa yang mendengar dinamakan kalam dan dinamakan juga jumlah ( ayat ).


وتحضرالكلمات في ثلاثة أقسام: فعل و اسم و حرف, فالفعل ما يدل على معنى مستقل بالفهم و الزمان جزء منه مثل : قرأ, يقرأ, اقرأ

Kalimat dalam bahasa Arab terbahagi kepada tiga jenis (bahagian) iaitu: فعل kata perbuatan, اسم kata nama danحرف kata sendi atau kata hadapan. fi'l ialah perkataan yang maksudnya difahami walaupun secara tersendiri ( belum berada dalam jumlah ( تركيب ) serta terpengaruh dengan masa seperti:


قرأ - Dia lelaki telah membaca

يقرأ - Dia lelaki sedang membaca

اقرأ - Bacalah.


والاسم ما يدل على معنى مستقل بالفهم و ليس الزمن جزءا منه مثل : كتاب , تمر , فضة

Manakala kana nama pula اسم adalah difahami walaupun secara tersendiri dan ianya tidak terpengaruh dengan masa atau waktu seperti:


كتاب - Sebuah buku

تمر - buah tamar

فضة - Perak ( logam )


و الحرف ما يدل على معنى غير مستقل بالفهم مثل: لم و على و هل


Juteru huruf الحرف adalah kata2 yang ertinya tidak difahami secara tersendiri.iaitu ia belum tersusun di dalam ayat seperti:


لم - Tidak/ belum

على - ِAtas

في - di atau pada

هل - adakah


Perhatian: Makna2 huruf di atas tidak kekal dengan maksud yang demikian malah maksudnya akan menjadi pasti apabila tersusun di dalam ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan