Khamis, 26 Februari 2009

و يختص الفعل بدخول قد و السين و سوف و النواصب و الجوازم عليه و لحوق تاء الفاعل و تاء التأنيث الساكنة و

نون التوكيد و تاء المخاطبة له


Dan fi'l فعل tertentu pula dengan disertakan atau didahului oleh beberapa huruf yang mempunyai maksud tersendiri seperti:


Huruf س yang membawa maksud akan

Huruf سوف yang bermaksud akan

Huruf لن yang bermaksud tidak sama sekali

Huruf أن yang maksudnya ditentukan semasa dalam ayat

Huruf ان yang dimaksudkan jika atau tidak

Huruf لم yang dimaksudkan tidak atau belum

Huruf ت berdhommah sebagai fa'il yang bermaksud saya ketika katakerja lampau

Huruf ت berfathah sebagai fa'il yang bermaksud kamu ketika katakerja lampau

Huruf ت berkasroh sebagai fa'il yang bermaksud kamu ( p ) ketika kata kerja lampau

Huruf ت bersukun (mati ) yang bermaksud dia (p) ketika katakerja lampau

Huruf ن bershaddah dan ن mati yang bermaksud taukid (penegassan)

huruf ي mukhatobah yang bermaksud kamu (p) ketika katakerja kala kini.


CONTOH PERKATAAN ATAU AYAT YANG TERDAPAT HURUF HURUF TERSEBUT.


Huruf سيقول السفهاء من الناس.... - س - " Orang2 yang kurang akal diantara manusia

akan berkata................

Huru ثم كلا سوف تعلمون - سوف - " Kelak kamu semua akan mengetahui


Huruf ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى... لن " Orang2 yanhudi dan nasrani sama

sekali tidak akan reda kepada kamu....."

Huruf وأن تقولوا على الله ما لا تعلمون - أن " Dan kamu mengatakan kepada Allah apa

yang kamu tidak mengetahui ( أن ) disini

tidak membaw sebarang maksud.

Huruf إن تذهب أذهب - إن " Jika kamu pergi saya juga pergi "


Huruf لم يلد و لم يولد - لم "Dia (Allah) tidak beranak dan tidak

di peranakkan.

huuf قال أسلمت لرب العلمين - ت "aku tunduk dan patuh kepada tuhan

pentadbir sekelian alam ( ت ) dibaca dengan

dhommah.

Huruf صراط الذين أنعمت عليهم - ت " Jalan orang2 yang engkau telah

anugerahkan nikmat kepada mereka

(ت ) dibaca dengan fathah.

Huruf قالت أنى يكون لي غلام - ت "Telah berkata maryam bagaimana akan ada

bagi ku seorang anak lelaki"

(ت ) dibaca dengan sukun.

Huruf هل قرأت القرءان الكريم -ت " adakah kamu(P) telah membaca Al-Quran

(ت ) dibaca dengan kasroh


Huruf و لا نحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون - ن "Dan jangan sekali-kali kamu mengira

bahawa Allah lalai dari apa yang diper-

buat oleh orang2 zalim.(ن ) dibaca

bertasydid dan berbaris fathah.

Huruf هل تدرسين اللغة العربية - ي "Adakah kamu (p) mempelajari bahasa

Arab.



Perhatian: Masih terdapat banyak lagi huruf2 yang mengiringi kata kerja yang

akan kita pelajari dari masa kesemasa.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan